Dr. Syed Husin Ali

KUALA LUMPUR – Kenyataan Khalid Samad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan rasa kurang senang pemimpin PKR, terutama kalangan otai reformasi.

Ini dapat dilihat dari nada tegas bekas pengasas PKR, Dr. Syed Husin Ali berhubung kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah itu, yang cuba mengungkitkan kisah silam Anwar.

Tegas beliau, tanpa kerjasama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang ketika itu Presiden PKR, dan Anwar yang masih dalam penjara, Dr. Mahathir tidak mungkin boleh menjadi Perdana Menteri ketujuh.

“Hei Khalid, tanpa kerjasama daripada Wan Azizah serta Anwar, bertuah Mahathir boleh jadi PM ke-7,” katanya ringkas menerusi ciapan Twitternya, hari ini.

Syed Husin, bekas Timbalan Presiden PKR antara yang lantang mengkritik Dr. Mahathir, dan beliau dari kumpulan reformasi yang tidak bersetuju bekas Perdana Menteri itu diheret masuk dalam Pakatan Harapan (PH).

Semalam, portal rasmi Amanah menyiarkan kenyataan Khalid yang kembali manfaat diperoleh pemimpin PH apabila bekerjasama dengan Dr. Mahathir pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Kata Khalild, langkah menerima Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh, menyaksikan Anwar kemudian menerima pengampunan penuh dari Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pihak yang pada masa ini menolak Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri kesembilan agar berpegang pada pesanan pimpinan termasuk Anwar yang mahu PH dipekukuhkan.

“Apabila kita (PH) menang, Tun jadi Perdana Menteri. Antara perkara pertama yang dilakukannya, dia (Mahathir) dapatkan pengampunan bagi Anwar,” kata Khalid sebagaimana dilaporkan portal berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

8 Komen

  1. Kalau dari awal angkat Kak Wan jadi PM, rasanya Anwar akan bebas juga, dan lepas tu tidak perlu tunggu 2 tahun Anwar pasti akan jadi PM. Kenapalah Geng reformasi dan PKR tidak mahu mengangkat Kak Wan jadi PM.

  2. Kalau betul Medey nak Anwar jadi PM, dia tak kan letak jawatan. Sebaliknya dia tunggu sampai habis Persidangan APEC dan serahkan jawatan kepada Anwar. Malah ketika dia nak letak jawatan pun dia tak pernah berbincang dengan Anwar dan Pakatan Harapan. Seterusnya lepas letak jawatan, dia tidak mahu Pakatan Harapan terus menjadi kerajaan sebaliknya dia mahu menjadi diktator dengan mengumpulkan semua sokongan tanpa block parti menyokong dia sebagai PM. Tapi rancangan jahat Medey gagal. Skrg ni dia menagih semula jawatan dan menegmis sokongan Anwar dan PKR…Kalau Anwar dan PKR percaya lagi ular tua durjana ni..silakan…

  3. You all yg nak ikut si tua nyanyok tu kenape..semua kena tipu..ke parit semua, hahaha padan muka you all.

Comments are closed.