Chelsea akan bertemu Man United di separuh akhir Piala FA Emirates

LONDON – Chelsea berjaya menempah tiket ke separuh akhir Piala FA Emirates setelah menang tipis 1-0 ke atas Leicester City.

Dalam aksi suku akhir awal pagi tadi, gol tunggal the Blues hadir menerusi Ross Barkley pada separuh masa kedua selepas terikat seri tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Chelsea beraksi di bawah par dan Pengurusnya Frank Lampard melakukan tiga pertukaran pada separuh masa kedua untuk mencari gol kemenangan selepas buntu pada separuh masa pertama.

Manakala nasib pemainnya Christian Pulisic kini menjadi tanda tanya menjelang separuh akhir bertemu Man United kerana mengalami kecederaan betis.

Lampard bagaimanapun menegaskan Pulisic akan dirawat oleh pakar perubatan kelab untuk menentukan tahap kecederaan bagi rawatan susulan.

Rabu ini Chelsea akan bertandang ke Stadium London untuk bertemu West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Pulisic berkemungkinan tidak akan beraksi sekiranya kecederaan betisnya serius dan memerlukan rawatan susulan.

“Dia dapat merasai otot pada betis tegang dan sakit semasa rehat jadi saya terus keluarkan dia dari padang dan menggantikannya dengan pemain lain bagi mengelak kecederaan serius.

“Bagaimanapun kami bimbang akan kecederaan Pulisic dan beliau akan dirawat untuk menentukan tahap kecederaannya,” tegas Lampard.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast