Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. foto HAZROL ZAINAL, 24 APRIL 2020.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang pengunjung di taman tema yang terlalu ramai akan mengabaikan amalan penjarakan sosial.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang risau kehadiran pengunjung dalam jumlah yang ramai sehingga sesak di tamah tema yang dibenarkan beroperasi mulai 1 Julai ini menasihatkan kunjungan tidak dilakukan dalam skala yang besar pada sesatu masa.

Malah menurut beliau, pihaknya tidak menggalakkan taman tema di negara ini dibuka 100 peratus untuk pengunjung.

“Apa yang penting ialah penjarakan sosial perlu dipastikan terlaksana dan dipatuhi oleh pengunjung, tetapi yang jadi kebimbangan KKM ialah kalau ada perhimpunan besar atau kesesakan apabila membuka taman tema ini,” katanya pada sidang media di KKM hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan taman tema termasuk taman tema air dibenarkan beroperasi semula pada 1 Julai ini dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Menurutnya, had pengunjung adalah berdasarkan kapasiti ruang serta saiz taman tema berkenaan.

Kebenaran ini melibatkan 54 taman tema di seluruh negara dan melibatkan lebih 10,000 tenaga kerja, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast