LONDON – Mohamed Salah mensasarkan menang kasut emas untuk musim ketiga berturut-turut kali ini selepas Liverpool bergelar juara Liga Perdana Inggeris selepas 30 tahun.
Pemain Mesir itu mahu menamatkan musim secara bergaya dan sudah menjaringkan 17 gol setakat ini bersama dengan pemain Arsenal Pierre-Emerick Aubemeyang yang juga mempunyai jumlah jaringan sama.
Salah masih berpeluang untuk menambah gol dalam tujuh lagi perlawanan untuk memadam lama rekod Jamie Vardy yang menjaringkan 19 gol sebelum ini.
Salah yang dianggap superstar Mesir berkeyakinan tinggi mampu mempertahankan kasut emas terus menjadi miliknya untuk kali ketiga selepas ini.
“Menjuarai EPL adalah terbaik untuk kelab dan bandar raya ini. Tetapi saya mempunyai impian besar yang disasarkan sejak menyertai kelab ini.
“Saya sentiasa mencapai apa yang disasarkan iaitu memastikan kasut emas menjadi milik saya untuk kali ketiga berturut-turut,” ujarnya.-MalaysiaGazette