TERKINI : Saya Merayu Kepada Perdana Menteri – CUEPACS

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta Perdana Menteri campur tangan berhubung nasib ribuan penjawat awam yang ditamatkan perkhidmatan ketika pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Presidennya, Adnan Mat berkata, memandangkan Kerajaan Persekutuan kini sudah bertukar tangan kepada Perikatan Nasional (PN), sudah tiba masanya keputusan kerajaan lalu disemak semula termasuk mengembalikan semula jawatan mereka.

“CUEPACS pada dasarnya kita sudah bincang dalam mesyuarat sekretariat pegawai dan kami menyokong penuh usaha-usaha untuk mengembalikan pekerjaan mereka terdahulu.

“Mereka ini pernah berkhidmat dalam Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Seranta Felda.