Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Nampaknya cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu melantik Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri (PM) masih belum benar-benar dipersetujui oleh DAP.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ia perlu diputuskan bersama di dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) terlebih dahulu.

Justeru PH, katanya, perlu segera mengadakan perbincangan menetapkan calon PM itu sebelum sebelum persidangan Parlimen bermula pada 13 Julai ini.

“Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) menegaskan pendirian bahawa kedudukan PH perlu diperkukuhkan dan pada masa yang sama, PH juga perlu bekerjasama dengan semua parti yang komited untuk menentang Perikatan Nasional (PN).

“CEC mengambil maklum bahawa cadangan pencalonan ini adalah bersejarah kerana melibatkan seorang pemimpin dari Malaysia Timur dipertimbangkan buat julung kalinya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mengulas perkara lain, Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP juga menyokong supaya Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohammad Ariff Md Yusof dan Timbalan Speaker, Nga Kor Ming dikekalkan.

Ia ekoran kenyataan Mohammad Ariff yang dilaporkan menerima usul mencadangkan supaya khidmat beliau dan Kor Ming ditamatkan baru-baru ini.- MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Disyorkan supaya calonkan madey sebagai pm tiga suku dan abang non sebagai pm satu per empat atau sebaliknya.

  2. parti 3 suku nak ambil alih negara . hancur lah bila penyamun & penyangak bergabung.

  3. Sesiapa yg berminat buleh bagi nama kat lge.
    Syarat2
    Kelulusan: darjah 3
    Tinggi : 5 kaki 3 suku
    Berat: 22 kati
    Kelebihan: tahan maki/gila babi

  4. Kan dah muktamat.. kenapa Tak paham2 lgi.. PH dh buat ketetapan asal iaitu DSAI PM-9.. tiada wujud TPM.. habis cerita.. YG korang DAP & Amanah dok layan TM buat APA.. biar parliment tentukan nanti.. jikalau muhyidin gagal dlm undi Tak percaya dia akan bubarkan parliament.. masa itu calon PM-9 bgi bgi PH utk PRU15 adalah DSAI

  5. Cari menang dulu baru sebok pasal siapa nk jadi PM..boleh menang tak lawan PN haah ???

  6. Ini arahan , bukan joke . Kena lantik PieEm dulu apa pun , tp pastikan PieEm tu yg turut kata PieEm dap ..

Comments are closed.