Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR- Orang ramai dijemput untuk menzahirkan kreativiti masing-masing dalam Pertandingan Mencipta Logo dan Tagline Kempen Kesedaran Covid-19.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pertandingan itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia bermula hari ini sehingga 10 Julai depan (Jumaat).

“Hadiah bagi pemenang tempat pertama adalah wang tunai RM5,000, tempat kedua RM3,000 dan tempat ketiga RM1,000.

“Hadiah akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya semasa sidang media hari ini.

Untuk penyertaan dan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati dari laman sesawang KKMM di WWW.KKMM.GOV.MY atau laman web Jabatan Penerangan Malaysia di WWW.PENERANGAN.GOV.MY.- MalaysiaGazette