KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 4 sen seliter untuk tempoh 4 Julai hingga 10 Julai.

Penurunan itu menjadikan harga runcit RON95 daripada RM1.69 seliter kepada RM1.65 seliter dan RON97 kepada RM1.95 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit diesel turun sebanyak 2 sen seliter daripada RM1.86 seliter kepada RM1.84 seliter.

Penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

Menurutnya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette