TERKINI : Saya Bangga dan Terharu, Jadi Usahawan ‘Sarung Tangan dan Kondom’ – Razalif Mohamad

Metamorphosis Skills Sdn. Bhd. (Metamorphosis Skills) bakal muncul sebagai syarikat milik Bumiputera pertama yang terlibat dalam perniagaan pembuatan sarung tangan getah asli dan kondom dengan pengambilalihan kilang milik SSN Medical Products Sdn. Bhd. di Balakong, Selangor.

Presidennya, Razalif Mohamad Zain berkata, selepas persetujuan antara kedua-dua pihak selesai, kilang itu akan dijenamakan semula menjadi Metamorphosis Medical Products (MMP) dengan jenama rangkaian produk dikenali sebagai Meta.