Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 16 JULAI 2018
Jawatan Speaker yang dipegang Mohamad Ariff ketika ini menjadi panas kerana telah dipolitikkan pembangkang.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen blok pembangkang menyifatkan tidak ada asas bagi kerajaan Perikatan Nasional (PN) hendak mengemukakan usul menukar Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusoff dan timbalannya, Nga Kor Ming.

Ini kerana, jelas mereka, Mohamad Ariff dan Kor Ming telah berkhidmat dengan penuh sikap profesional sebagai pengelola dan timbang tara Dewan Rakyat selain tidak ada asas kukuh untuk menyingkirkan kedua-duanya.

Dalam kenyataan media bersama Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH), mereka mendakwa, sejak pelantikan Mohamad Ariff, pelbagai reformasi dan penambahbaikan Parlimen telah dilancarkan secara konsisten demi memulihkan martabat institusi Parlimen.

“Antara langkah pembaharuan telah diperkenalkan untuk mempertingkatkan mutu dan memastikan ketelusan prosiding Parlimen ialah menubuhkan enam Jawatankuasa Pilihan Khas iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang dan Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet.

“Beliau juga menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri serta Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi dan Kesaksamaan Gender serta mewujudkan Kumpulan-Kumpulan Rentas Parti untuk lebih merakyatkan Parlimen,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan memang ada cadangan dari kerajaan PH untuk mengemukakan usul menukar speaker dan timbalan speaker.

Menurut ahli-ahli Parlimen PH itu, Parlimen merupakan institusi penting sebagai wadah demokrasi dan membawa suara rakyat.

Ia tidak harus dijadikan medan percaturan politik secara sewenang-wenangnya tanpa sebab munasabah.

Justeru, mereka tidak bersetuju, apatah lagi menyokong cadangan itu kerana jawatan berkenaan harus berkecuali dan tidak terkesan dengan mana-mana pergolakan politik.

Antara Ahli Parlimen PH yang menandatangani kenyataan media bersama ialah Fahmi Fadzil (PKR), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (Amanah), Alice Lau Kiong Yieng (DAP), Dr. Maszlee Malik (Bersatu – Berprinsip), Datuk Liew Vui Keong (Warisan), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO) dan Baru Bian (PSB). – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Awak2 semua bukan Kerajaan lah , awak pembangkang , awak boleh bangkang saja , keputusan Kerajaan yang buat . Tanda tangan lah atas kertas apa pun bukan jadi hal , tunggu usul nanti lawan dan hujah lah ..

  2. Kah kah kah..profesional?? dah lupa kah Speaker ni back up utk tidak ambil tindakan terhadap Guan Eng yg berbohong di parlimen…dan mrk ni bukan bebas..sah2 lantikan DAP…pundek betul lah

  3. Peyrahh.. klu hampa lantik semuanya profesional dan berkecuali. Awat, kalau gomen lantik yg baru, Speaker tak profesional kah? Boleh kata semua Speaker negeri yg hampa pgg pun dulu hampa tukar habis, hampa lupa?

Comments are closed.