Seorang kakitangan hospital sedang melakukan operasi nyah kuman pada troli pengusung selepas memindahkan pesakit di hospital. foto Reuters

MEXICO CITY – Pihak berkuasa kesihatan Mexico mengesahkan sebanyak 4,683 jangkitan baharu novel koronavirus pada hari Ahad, menjadikan jumlahnya meningkat kepada 256,848.

Angka kematian pula bertambah sebanyak 273, menjadikan jumlah keseluruhan korban berjumlah sebanyak 30,639.

Timbalan Menteri Kesihatan, Hugo Lopez Gatell berulang kali mengatakan jumlah jangkitan kes dan kematian mungkin jauh lebih tinggi. – MalaysiaGazette