Gambar hiasan

MELBOURNE – Harga minyak meningkat dengan berhati-hati pada awal perdagangan pada hari Selasa dengan pengeluar-pengeluar utama masih kekal kepada perjanjian pengurangan bekalan tetapi keuntungan terhad ketika kes koronavirus di Amerika Syarikat (AS) melonjak, berpotensi mengekang pemulihan permintaan bahan bakar.

Niaga hadapan minyak mentah ASm West Texas Intermediate (WTI) AS naik AS$0. 13 sen, atau 0.3%, kepada AS$ 40.76 setong pada 0103 GMT, mengatasi kerugian AS$0.02 hari Isnin.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik AS$0.07 atau 0.2%, kepada AS$ 43.17, menambah kenaikan 0.7% daripada hari Isnin.

Pasaran masih disokong oleh penurunan stok minyak mentah AS yang dilaporkan lebih besar daripada yang dijangkakan minggu lalu dan pengurangan bekalan oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu-sekutunya yang kenali sebagai OPEC +, kata ahli strategi AxiCorp Stephen Innes. – MalaysiaGazette