Dr. Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Selepas pengumuman kluster Sri Petaling tamat semalam, satu lagi kluster diumumkan tamat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster Syarikat Pembersihan Kuala Lumpur merupakan salah satu kluster tempat kerja Covid-19 yang telah dikenalpasti.

“Kluster ini telah dikesan hasil saringan 10 orang pekerja bukan warganegara. Saringan tersebut merupakan inisiatif majikan syarikat tersebut untuk menyaring pekerja-pekerja bukan warganegara mereka.

“Sehingga 9 Julai 2020, seramai 33 orang telah disaring yang terdiri daripada 16 warganegara Malaysia dan 17 bukan warganegara.

“Daripada jumlah ini, didapati empat kes yang positif Covid-19 iaitu tiga pekerja syarikat dan satu kontak rapat mereka. Keempat-empat kes adalah di kalangan warga Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini 11 kluster telah diisytiharkan tamat tempat kerja. Sebanyak 11 kluster telah diisytiharkan tamat termasuk kluster Syarikat Pembersihan Kuala Lumpur.

Untuk rekod, kluster ini merupakan kluster pertama dikesan dalam kumpulan ini, iaitu pada 24 Mac lalu.

Kes pertama dalam kluster ini dikesan positif Covid-19 ialah pada kes ke-1909.

Bagaimanapun, empat kluster daripada kluster ini masih aktif iaitu kluster tapak pembinaan Kuala Lumpur 2, kluster Pedas, kluster syarikat pembersihan, dan kluster tapak pembinaan Kuching. – MalaysiaGazette