KUALA LUMPUR- Lembaga Tabung Haji merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM1.25 bilion bagi tempoh enam bulan pertama 2020, meningkat berbanding RM849.66 juta pada tempoh sama tahun lepas.

Jumlah aset juga telah melebihi liabiliti sebanyak RM1.86 bilion pada 30 Jun lalu.

TH dalam satu kenyataan berkata, prestasi positif itu didokong oleh pendapatan pelaburan dalam sukuk dan saham sebanyak RM1.55 bilion bagi tempoh dalam kajian.

Malah pelaburan aset pendapatan tetap telah menyumbang sebanyak RM1 bilion iaitu 65 peratus dari jumlah pendapatan pelaburan bagi tempoh Januari hingga 30 Jun lalu.

Pelaburan hartanah telah menjana pendapatan RM204.57 juta, manakala pelaburan instrumen pasaran wang Islam menyumbang sebanyak RM187.13 juta dan RM150.27 juta pula daripada pelaburan ekuiti.

Sumber: Lembaga Tabung Haji

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nik Mohd. Hasyudeen Yusoff, impak wabak Covid-19 menjadi cabaran paling utama kepada TH dalam menguruskan pelaburan bagi memastikan kepentingan pendeposit terus dilindungi.

“Kami juga telah mengambil langkah untuk mengenal pasti kesan Covid-19 ke atas pelaburan melalui pemantauan berkala.

“Dari segi operasi pula TH perlu menjadi lebih efisyen dengan menambah baik perkhidmatan dan mengurangkan kos,” katanya.

Tambahnya, walaupun Bursa Malaysia yang jatuh lebih 23 peratus semasa kemuncak pandemik Covid- 19 telah kembali meningkat hampir kepada paras asal ianya tidak bermakna tekanan terhadap prestasi dan penilaian aset TH terutamanya dalam sektor hartanah telah berkurangan.

Ini kerana Indeks utama FBM KLCI ditutup pada paras 1,500.97 mata pada 30 Jun 2020 dan hanya melibatkan perbezaan 5.5 peratus dari 1,588.76 mata pada 31 Disember 2019.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Alhamdulillah, this is good news. Please don’t do the same mistake like PH. The Muslims are feeling pretty bad and still angry on PH which sold many of TH’s asset. I hope TSM would want to call for an investigation on what happened to TH during the PH era. Mujahid, Guan Eng and Mahathir should be held responsible for the selling of the assets in TH. I still remember, long before this Rafizi Ramli also made some false allegations on DSN and his government of mismanagement in TH. The rumor created by Rafizi made many depositors to withdraw their money and closed their account in TH.

Comments are closed.