Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak pernah mengemukakan permohonan berhubung pendaftaran parti politik baharu.

Perkara itu disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dalam kenyataan hari ini.

Unit Komunikasi Korporat RoS berkata, pihaknya tidak pernah menerima sebarang permohonan dan terpanggil untuk memberi penjelasan berhubung isu yang mula tular dalam media sosial sejak kebelakangan ini.

Kata unit berkenaan, sebelum ini, pihaknya menerima semakan agensi media untuk mendapatkan justifikasi berhubung dakwaan permohonan parti baharu oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu yang juga bekas Timbalan Presiden PKR itu.

“JPPM menerima beberapa pertanyaan daripada pihak media bagi mendapatkan pengesahan mengenai permohonan penubuhan parti politik baharu oleh Mohamed Azmin.

“Merujuk kepada laporan media bertarikh 8 Julai lalu bahawa Mohamed Azmin mengemukakan permohonan bagi menubuhkan parti politik baharu.

Sehubungan itu JPPM telah melakukan semakan rekod di jabatan mengenai permohonan pendaftaran pertubuhan.

“Berdasarkan semakan hasilnya mendapati jabatan tidak pernah menerima sebarang dokumen permohonan menubuhkan parti politik baharu oleh Mohamed Azmin seperti ditularkan.

“Oleh demikian kenyataan mengenai permohonan pendaftaran parti tersebut ke JPPM adalah tidak benar,” kata unit berkenaan dalam kenyataan yang sama.

Manakala Mohamed Azmin sebelum ini telah menafikan dakwaan dirinya dengan permohonan menubuhkan parti baharu dan tidak tahu menahu mengenainya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tidak pernah hantar permohonan tubuh parti baharu

 

1 Komen

  1. Tidak perlu lah tubuh parti baru. Takan lah setiap seorang anak melayu perlu tubuhkan parti. Siapa pula hendak jadi ahli. Kalau semua orang nak tunjukan parti.

Comments are closed.