Mukesh Ambani. foto Business Today

NEW DELHI – Mukesh Ambani, individu terkaya di India kini telah mengatasi kekayaan Warren Buffet.

Kekayaan Pengerusi Reliance Industries kini bernilai AS$ 68.3 bilion, melepasi kekayaan Buffet yang berjumlah AS$67.9 bilion, menurut Bloomberg Billionaires Index.

Saham konglomerat India itu melonjak lebih dua kali ganda sejak merekodkan paras rendah pada bulan Mac kerana unit digitalnya mendapat pelaburan lebih daripada AS $ 15 bilion dari syarikat termasuk Facebook Inc dan Silver Lake.

Minggu ini, BP membayar AS$ 1 bilion untuk kepentingan dalam perniagaan runcit bahan bakar Reliance.

Ketika kekayaan Ambani melonjak – beliau menjadi satu-satunya hartawan Asia di kelab eksklusif 10 orang terkaya di dunia bulan lalu – kekayaan Buffett pula menurun minggu ini selepas memberi sumbangan amal sebanyak AS $ 2.9 bilion.

Kekayaan Buffet, 89 tahun, yang dikenali sebagai Oracle of Omaha, telah merosot setelah menyumbangkan lebih daripada AS$ 37 bilion saham Berkshire Hathaway sejak tahun 2006.
Prestasi saham Berkshire Hathaway juga merosot baru-baru ini.

Dengan kekayaan sekarang, Ambani, 63, adalah individu kelapan terkaya di dunia, Buffet pula berada di bawahnya. – MalaysiaGazette