Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR- Masih tidak berpuas hati dengan cara pelantikan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan platform blognya untuk menyuarakan pendapat.

Katanya, selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa membelakangkan sistem pemilihan kerajaan Malaysia, ia kini tidak menghormati pula peraturan Dewan Rakyat.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, buat pertama kalinya Yang Dipertua Dewan Rakyat disingkirkan kerana pihak kerajaan mempunyai calon lain.

Manakala kaedah mengundi menunjuk pula menurut Ahli Parlimen Langkawi itu hanya memberi kelebihan dua orang ahli Dewan Rakyat sahaja untuk menyingkirkan speaker.

“Kemudian datang pengganti, Tidak ada pemilihan. Pakai jubah dan berlagak sebagai Speaker. Ahli Dewan tidak diberi hak memilih. Tidak pun beri hak bersuara.

“Dalam Dewan Rakyat kehendak Kerajaan mesti diterima oleh seluruh ahli.

“Speaker pun mengurus. Speaker hentikan suara ahli dewan, jemput setiausaha menyatakan tajuk dan usul pun diterima. Pandangan ahli tidak dipedulikan.

“Jika inilah caranya dewan bersidang, pembangkang tidak diperlukan. Apa sahaja usul kerajaan tetap diterima.

“Apa perlunya Parlimen. Memadailah sudah dengan adanya Kerajaan, walaupun Kerajaan Pintu Belakang,” katanya dalam hantaran terbaharu di blog chedet.cc hari ini.

Isnin lalu, 111 Ahli Parlimen menyokong berbanding 109 yang menolak usul yang dikemukakan Muhyiddin supaya Tan Sri Mohd. Ariff Md. Yusoff mengosongkan jawatannya.

Muhyiddin kemudiannya mengusulkan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya itu dinamakan sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu.- MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Melalak lagi anjing tua ni..
    Tak habis2 ulang is yg sama..nape agaknye.? Sebab dia lupa apa dia cakap even 2jam lepas

  2. Dalam malaysia ni xdak sape yang betul selain TUN mahathir… Sebab itu ape yang orang lain buat semua x betul.. Hanya mahathir dan kroni PHDAP je yg betol bagi dia… Selagi BOBOI kesayangan x dpt naik jd tpm… Selagi itu la nak menjatuhkan kerajaan PN/BN…. Cukup2 lah atuk… Jangan rosak kan negara lagi… Walau parti mana pon jadi kerajaan kena ikut kehendak atuk baru atuk x kacau….

  3. Ketua terkutuk ni nyanyuk ke buang tebiat, bodoh terlarut bangang dah melepasi umurnya. Itu sistem undi dan jumlah terkumpul. Jika dapat undi 109 itu jumlah layak pembangkang tetapi jumlah undi 111 adalah jumlah terkumpul kerajaan, Atok belajar kira-kira tolak dengan cucu; 111 – 109 = 2. Bermakna 2 itu jumlah lebih dari geng Hatok so jawapannya “kerajaan” adalah pemenang, jangan jadi biul dalam kiraan undi jika Hatok dapat 110 Dan TSMY dapat 110 juga itu bermakna “SERI” atau tiada kalah dan pemenangnya milik bersama. Liat betul bodoh orang terlajak nyanyuk ni dan amat menghairankan 108 ahli Parlimen yang setuju dengan Hatok Ni mungkin juga bodoh melampau tahap dewa.

Comments are closed.