Gambar hiasan

NEW YORK – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini membuat satu keputusan mengejutkan apabila tidak meneruskan rancangan untuk memaksa ribuan pelajar asing keluar dari negara itu.

Ini susulan daripada kritikan daripada banyak pihak serta tekanan daripada kolej-kolej serta syarikat-syarikat besar.

Pegawai-pegawai kanan AS minggu lepas mengumumkan para pelajar antarabangsa yang ketika ini belajar secara atas talian berikutan pandemik perlu meninggalkan negara berkenaan sekiranya mereka tidak boleh berpindah ke kolej.

Namun begitu, seorang pegawai kanan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS berkata, pihak pentadbiran masih berhasrat untuk mengeluarkan satu peraturan mengenai sama ada pelajar asing boleh tinggal di AS sekiranya kelas mereka dijalankan secara dalam talian.

Pengumuman mengenai peraturan terbaharu itu akan dibuat dalam beberapa minggu lagi.- MalaysiaGazette|