Penganggur Bunuh Kucing, Masuk Hospital Bahagia | EDISI MG 16 Julai 2020

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, hari ini atas pertuduhan membunuh tiga kucing dengan melemaskan haiwan itu di dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong, Ahad lalu.

Muhammad Najwan Zulkefli, 24 tahun mengaku tidak bersalah melakukan Kesalahan itu di Premis Dobi Layan Diri di Kepong di Gombak, pada jam 5 hingga 6.30 pagi pada 12 Julai lalu dan tarikh sebutan kes ditetapkan pada 13 Ogos depan.