Wanita Maut Dibunuh Bekas Suami | EDISI MG 16 Julai 2020

Seorang wanita tempatan berusia 27 tahun maut dipercayai dibunuh bekas suaminya dalam kejadian di sebuah kediaman di Taman Ehsan Jaya, Pasir Gudang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah, berkata pihaknya menerima panggilan telefon sekitar jam 3.20 petang daripada seorang lelaki yang memaklumkan seorang wanita meninggal dunia di lokasi terbabit.

Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang juga bekas suami mangsa yang berada di tempat kejadian untuk siasatan lanjut. Suspek mengaku dia yang menelefon, dan maklum kepada pihak polis mengenai insiden berkenaan