Zahida Zarik Khan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memikirkan langkah-langkah tambahan segera untuk meringankan impak kepada rakyat menjelang tamat tempoh moratorium dan bantuan subsidi gaji kepada majikan.

Langkah-langkah tambahan itu perlu terutamanya untuk kumpulan berpendapatan rendah B40 walaupun rangsangan hampir RM300 bilion telah diagih-agihkan.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan khuatir kedudukan pekerja-pekerja bakal terjejas jika majikan melakukan pemberhentian pada bulan Oktober nanti,.

Menurut beliau, walaupun perolehan pendapatan syarikat-syarikat beransur pulih tetapi ia masih tidak sepenuhnya dan dijangkakan pemberhentian pekerja-pekerja akan meningkat berganda daripada hampir satu juta sekarang kepada dua juta.

Pastinya, keadaan meruncing dengan keadaan kewangan pekerja-pekerja terbabit walaupun kerajaan telah memberi pelbagai insentif untuk merangsangkan ekonomi negara.

Ini kerana, kegawatan ekonomi berlaku di seluruh dunia akan menjejaskan prospek kebangkitan ekonomi negara.

”Untuk menggalakkan syarikat-syarikat menambah peluang pekerjaan dalam tempoh 6 bulan bermula Oktober 2020, kami mencadangkan kerjaan memberi insentif double tax relief bagi gaji yang dibayar kepada pekerja-pekerja baru tersebut.

”Kami juga berpandangan bantuan subsidi upah perlu dilanjutkan tiga bulan lagi, dengan cara ini dapat mengurangkan beban majikan dan secara tak langsung dapat mengurangkan pemberhentian pekerja,” katanya. – MalaysiaGazette