Bella Astillah.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah selamat melahirkan bayi perempuan pagi tadi iaitu anak kedua selepas anak sulung, Mohamad Ayden Adrean kini berusia tiga tahun.

Isteri kepada penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz mengumumkan berita gembira itu melalui entri Instagram miliknya.

Wanita berusia 26 tahun itu yang sepatutnya bersalin semalam berdasarkan kiraan doktor.

Sebelum ini, Bella dilaporkan reda biarpun terpaksa memasuki dewan bersalin tanpa ditemani Aliff Aziz berikutan pintu sempadan Malaysia-Singapura masih ditutup akibat pandemik Covid-19.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Bagaimanapun, mahligai mereka beberapa kali diuji hingga kemuncaknya berakhir dengan perceraian pada 16 Mei, tahun lalu.

Namun pasangan ini rujuk ketika dalam tempoh edah namun, perkara itu dirahsiakan kepada pengetahuan umum. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hihi..buat malu je…dah lh si laki tu byk mslh..nk rujuk blik…byk kes yg di hadapi..tapi trima juga..nmpak sgt muka tebal…fikir2 lh…jgn smpai maruah kita letak ke belakang..

Comments are closed.