KUALA LUMPUR – Pelakon Shukri Yahaya dan isterinya, Tya Adnan selamat menimang cahaya mata kedua mereka semalam iaitu bayi lelaki.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Shukri menerusi Instagram sebentar tadi.

Menurut Shukri, isterinya selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.18 petang di sebuah pusat perubatan.

Menerusi perkongsian itu, Shukri berkongsikan sebuah video bersama cahaya matanya yang baru lahir.

Sementara itu, Shukri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang mendoakan buat kesejahteraan isteri dan anaknya.

Bagaimanapun, Shukri belum mendedahkan lagi nama puteranya itu.

Shukri mendirikan rumah tangga bersama Tya Adnan pada 2015.

Hasil perkongsian hidup pasangan itu telah dikurniakan seorang anak perempuan, Aaira Ameena yang berusia empat tahun. – MalaysiaGazette