TERKINI : Ramkarpal Nafi dan Salah Sebut Tahun Rakaman Audio

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh menetapkan pendirian bahawa rakaman audio yang pernah dimainkan dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini diambil pada tahun 2009.

Kenyataannya itu sekaligus memperbetul apa yang diperkatakannya semalam apabila beliau memberitahu dewan bahawa rakaman berkenaan diambil pada 2007.

“Saya sudah maklumkan kepada Dewan bahawa saya tidak pasti sama ada ucapan itu memang dibuat pada 2007 dan saya menyatakan ‘saya percaya ia berlaku pada 2007 jika saya tidak silap, apabila bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor (mendiang Karpal Singh) melakukan perkara sama,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.