Tindakan penhyokong liar Liverpool yang ingkar arahan larangn berhimpun di hdapan Anfield cuba dihalau oleh polis selepas berhimpun di hadapan pintu masuk utama stadium Anfield semalam.

LONDON – Polis telah mengeluarkan arahan bersurai serta merta ke atas ribuan penyokong Liverpool yang mengingkari arahan Covid-19 kerana berhimpun untuk meraikan pasukannya menjulang Piala Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi di Stadium Anfield.

Piala selepas 30 tahun itu diserahkan kepada the Kops di dalam stadium tanpa penonton selepas kemenangan 5-3 menentang Chelsea.

Polis semalam mengeluarkan arahan melarang pemain meninggalkan stadium bersama piala manakala para penyokongnya dilarang sama sekali berhimpun untuk meraikan di atas jalan.

Bagaimanapun seperti biasa penyokong Liverpool kembali menunjukkan sikap liar menyalakan suar dan bunga api dan berhimpun beramai ramai di sekitar stadium Anfield.

Polis bertindak segera mengeluarkan perintah bersurai Covid-19 serta menghalau penyokong Liverpool meninggalkan lokasi segera.

Majlis Bandaraya Liverpool turut mengeluarkan peringatan keras kepada penyokong liar supaya tidak berkumpul beramai-ramai mengelak risiko jangkitan Covid-19.

Arahan polis supaya penyokong tidak berkumpul dihadapan stadium sebaliknya boleh meraikan kemenangan di rumah masing-masing tidak dipedulikan langsung.

Malah ada juga penyokong membawa bersama kanak-kanak di atas jalan untuk berkumpul beramai-ramai.

Penyokong Liverpool yang mngingkar arahan ;polis dan berhimpun di anfield bertindak liar menyalakan suar dan bunga api berpesta meraikan Liverpool menjulang piala selepas 30 tahun tanpa mempedulikan risiko jangktan Covid-19

Liverpool antara bandar raya yang merekodkan kes harian Covid-19 yang banyak di United Kingdom dan menasihatkan masyrakat setempat tidak berhimpun beramai-ramai.

Namun amaran kesihatan itu langsung tidak dipedulikan penyokong liar the Reds sekaligus meletakkan nyawa umum dalam risiko jangkitan.

Terdapat juga insiden penyokong liar yang memanjat pintu masuk utama ke stadium tersebut walaupun dihalau polis yang terlibat dalam kawalan keselamatan.-MalaysiaGazette