Sebahagian wakil penduduk memegang kain rentang bantahan mengenai isu kesesakan dan kebanjiran warga Bangladesh anjuran Kelab Kebajikan Masyarakat Saksama Ampang di sekitar kawasan Pekan Ampang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 24 JULAI 2020

KUALA LUMPUR – Kebanjiran warga Bangladesh kini menjadi kebimbangan kepada penduduk di kawasan Pekan Ampang dan sekitarnya.

Penduduk terutama para peniaga di pekan lama itu bengang dan rasa tidak selesa dengan gelagat sesetengah warga luar termasuk gemar membuang air kecil di merata-rata tempat termasuk kawasan awam.

Wakil peniaga, Andre Lai mendakwa, sikap buruk itu menyebabkan mereka dan penduduk rasa tidak selesa.

Tidak cukup dengan itu, kesesakan lalu lintas di Pekan Ampang juga semakin menjadi-jadi sejak sejak Konsulat Bangladesh dibuka di situ dua tahun yang lalu.

“Dalam masa dekat dua tahun ini, penduduk tertekan kerana masalah-masalah sosial, kesesakan lalu lintas, ekonomi juga terjejas sebab kita ada pasar di sini, kita ada rumah kedai di sini.

“Biasanya ada banyak teksi atau kereta yang membawa warga Bangladesh double park di sini, mereka (warga Bangladesh0 berkeliaran di jalan raya, di depan kedai-kedai di sini.

“Untuk sosial, kadang-kadang kita tidak tahan lihat mereka boleh berkeliaran, buang air di merata-rata,” katanya kepada pemberita dalam sidang media hari ini.

Wakil peniaga, Andre Lai bercakap pada sidang media mengenai isu kesesakan dan kebanjiran warga Bangladesh anjuran Kelab Kebajikan Masyarakat Saksama Ampang di sekitar kawasan Pekan Ampang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 24 JULAI 2020

Terdahulu Andre yang merupakan Ketua Cabang PKR Wangsa Maju bersama-sama lebih kurang 10 peniaga di Pekan Ampang berkumpul di hadapan bangunan Konsulat Bangladesh pagi ini menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kebanjiran warga tersebut di kawasan berkenaan.

Jelasnya lagi, suasana Pekan Ampang tidak lagi terlihat seperti kawasan tempatan kerana dipenuhi warga Bangladesh malah ada juga yang warga asing itu yang tinggal di rumah kedai yang ditempatkan oleh majikan mereka.

Apa yang lebih mencurigakan beliau apabila wujud premis tanpa papan tanda yang dikendalikan oleh warga Bangladesh.

“Ini hanya spakulasi sahaja tapi ia mencurigakan,” katanya lagi.

Andre mendakwa sebelum ini pihak berkuasa tidak mengawal kawasan berkenaan seperti hari ini khususnya di hadapan bangunan konsulat.

Bagaimanapun beliau berharap agar pihak berkuasa akan sentiasa dapat membuat pemantauan secara berterusan di situ.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kurang ajar. Mana depa tau hal2 kebersihan.. Sikap dan keperibadian mereka pun tahap gaban,, macamne la masih ada d negara ni

Comments are closed.