Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Semalam merupakan hari yang mana bilangan teramai individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh 44 hari PKP Pemulihan dilaksanakan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penahanan itu melibatkan seramai 330 individu dengan 23 darinya direman.

Katanya, dari jumlah penahanan itu juga, seramai 304 individu dikenakan kompaun dan tiga lagi dijamin.

“Semua mereka ini terlibat dalam aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, menerusi Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai polis telah membuat 63,511 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP semalam.

Ujarnya, sebanyak 2,821 Pasukan Pematuhan melibatkan 12,214 anggota telah membuat pemantauan di 3,986 pasar raya, 5,580 restoran serta 1,408 penjaja, 1,142 kilang, 3,639 bank dan 755 pejabat kerajaan.

“Juga dipantau, sebanyak 1,122 terminal pengangkutan darat, 273 terminal pengangkutan air serta 130 terminal pengangkutan udara,” katanya.

Mengenai tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin di sempadan negara, Ismail Sabri menyatakan, polis telah menahan seramai 11 warganegara asing atas kesalahan Imigresen dalam tempoh 24 jam semalam.

Katanya, bagi mengawal ketat sempadan negara, Operas Benteng melibatkan polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) telah membuat 65 sekatan jalan raya di seluruh negara.

“Kawalan ketat secara bersepadu ini dibuat bagi mengekang sempadan negara dibolosi Pati, sekali gus dapat menangani jenayah rentas sempadan, selain menyekat penularan wabak Covid-19,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Baru kita tahu. Ramai rakyat Malaysia yang degil. Ego.. Tak ada rasa tggjawab, tak ada rasa langsung nak bersama kerajaan untuk menang dari wabak ini… Dah pasti otak dio melekap kat jubo!! Sekian.

Comments are closed.