KUALA LUMPUR – Peluang Datuk Seri Najib Razak dibebaskan daripada tujuh pertuduhan jenayah berkaitan dana SRC International Sdn Bhd dilihat tinggi sekiranya dibawa ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Menurut peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ini kerana pihak pembelaan mempunyai asas yang kukuh untuk membawa kes itu ke mahkamah yang lebih tinggi.

“Kami tentu saja akan membuat rayuan kedua-dua sabitan dan juga hukuman, dan kami yakin kami mempunyai peluang baik untuk kedua-duanya,” katanya pada sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur malam tadi.

Mahkamah Tinggi hari ini mendapati bekas Perdana Menteri itu bersalah atas tiga pertuduhan kesalahan pengubahan wang haram, tiga pertuduhan kesalahan pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana salah guna kuasa, dan masing-masing 10 tahun untuk enam kesalahan lain; yang semuanya akan dijalankan serentak, menjadikan tempoh sebenar bagi kesemua kesalahan adalah 12 tahun.

Hakim juga mengenakan denda terhadap Ahli Parlimen Pekan itu sebanyak RM210 juta kerana penyalahgunaan kuasa. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Patut ler hakim mcm biadap saja, rupa2nya sda ikatan kekelusrgaan fgn Tun Mahathir. Mmg Madey dah asak dia habis habisan agar jgn bagi muka langsung kpd Nsjib. THIS IS A VERY SERIOUS MISCARRIAGE OF JUSTICE, CERTAINLY NOTHING NEAR ‘RULE OF LAW’ BUT MORE OF RULE OF CHE DET! A fine of RM200 mil is certainly a big joke, who can pay this amount? It is like killing off Nsaib, but Najib’s ghost is set to haunt Madey and the rest of Pakatan Hancing till after post GE15, and GE15 will be the total downfall of PH…FOR GOOD!Hidup BN, PAS,BERSATU!

  2. Hakim yg jatuh hukum tu tak berpengalaman dalam kes profil tinggi… Dah baca sejarah pengalaman dia memang kelaut!!

Comments are closed.