KUALA LUMPUR – Orang ramai dan para penyokong Datuk Seri Najib Razak diminta jangan terlalu kecewa sehingga melemparkan kata-kata penghinaan terhadap badan kehakiman, mahkamah dan hakim.

Undang-undang mengenai penghinaan kepada mahkamah di luar bilik mahkamah (Contempt Outside The Court) adalah terpakai kepada semua keadaan termasuk di media sosial dan Whatsapp.

Oleh itu, janganlah kita yang menyokong pula yang masuk penjara, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Nik Saiful Adli Burhan.

Menurut beliau, memang benar, kejayaan UMNO membentuk kerajaan tidak sekali-kali memberi manfaat kepada Najib untuk kes beliau digugurkan seperti mana dibuat oleh kerajaan terdahulu.

”Sama-sama kita berdoa kemenangan berpihak kepada yang benar dan Najib terhindar dari musibah, dilindungi dari fitnah dan perbuatan khianat,” katanya yang mengulas reaksi orang ramai, ada yang kecewa, malah ada yang bersorak terhadap keputusan mahkamah semalam.

Tambah beliau, di peringkat rayuan ini, segala fakta yang telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi adalah terpakai.

Yang akan dipertikaikan hanyalah isu undang-undang, maka, mana-mana saksi yang gagal dipanggil oleh pihak pendakwaan tidak lagi boleh dikemukakan.

Saiful Adli berkata, rayuan akan melibatkan dua perkara pokok iaitu rayuan terhadap sabitan dan rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan.

Namun ramai juga terlupa kerama dalam tempoh 14 hari dari keputusan, pihak pendakwaan juga berhak mengemukakan rayuan silang (Cross Appeal) terhadap hukuman yang dijatuhkan.

Mereka masih boleh merayu supaya hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap Najib.

Jadi, peringkat rayuan bukanlah proses untuk memenangkan orang kena tuduh (OKT) semata-mata, tetapi juga boleh jadi penambahan hukuman lebih berat terhadap OKT.

”Justeru, ingin saya ingatkan kepada penyokong Najib dan penyokong parti agar menghormati keputusan mahkamah dan menghormati sistem kehakiman negara ini.

”Semua yang berlaku sejak pertuduhan dibuat adalah proses untuk mencari keadilan terhadap Najib.

”Kata-kata hikmah selalu kita dengar, berani kerana benar. Ya, begitulah Najib,” ujarnya.

Kepada pihak yang satu lagi pula janganlah bersorak berpesta meraikan keputusan kes semalam.

Perjalanan kes ini makin panjang, Sekurang-kurangnya dengan ribuan penyokong semalam, tiada gerakan reformasi dilancarkan ataupun sekurang-kurangnya tiada pelantikan rakyat sebagai hakim negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. After 39 Years of Wrongful Imprisonment, Ricky Jackson Is Finally Free
    Locked up for a murder he didn’t commit, he served the longest sentence of any U.S. inmate found to be innocent!

    Mana2 mahkamah pun MUNGKIN tersilap menjatuhkan hukum! Mereka bukan tuhan dan ianya tidak mustahil!

  2. Salah ke rakyat yang bijaksana membuat analysis masing2? Masing2 punyai pendapat masing2, jauh sekali dari menghina!

    Lihat sahaja kes wrongful judgment diatas! Selepas 39 tahun tuuuuuuu!

  3. Ikutilah tiap2 bait pembelaan dan penghakiman kes ini, ada kecacatan atau kemusykilan ke?

Comments are closed.