ADUN Inanam, Kenny Chua Teck Ho

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Kenny Chua Teck Ho yang dikaitkan menyokong Tan Sri Musa Aman menjatuhkan kerajaan Warisan dipecat PKR hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kasim berkata, keputusan dibuat selepas mendapat pengesahan Majlis Pimpinan Negeri Sabah berhubung kehadiran Kenny Chua barisan penyokong Musa.

“Mengambil kira pendirian PKR bahawa pengkhianatan terhadap mandat rakyat tidak boleh dibenarkan berlaku, maka Lembaga Disiplin mengumumkan bahawa Kenny Chua Teck Ho dipecat dari PKR berkuatkuasa serta-merta,” menurut kenyataan yang sama.