KUALA LUMPUR – Agrobank menyambut baik inisiatif lanjutan tempoh moratorium pembiayaan bank kepada mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pemotongan gaji pada tahun ini untuk membolehkan rakyat Malaysia menghadapi situasi ekonomi yang timbul akibat wabak Covid-19.

Penanggung Tugas Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar  berharap inisiatif itu dapat membantu pelanggan yang menghadapi masalah kewangan dan membolehkan mereka memberi tumpuan kepada perkara lain yang lebih kritikal;

Khadijah berkata, Agrobank mengalu-alukan para pelanggan untuk menghubungi pegawai di cawangan atau pengurus perhubungan masing-masing untuk membincangkan kemungkinan penyelesaian bagi mengatasi cabaran kewangan yang mereka hadapi.

”Sekiranya situasi berlanjutan, pihak bank akan mempertimbangkan kemungkinan untuk
menawarkan penyusunan dan penjadualan semula pembiayaan dan ini terbuka kepada
kedua-dua pelanggan perniagaan dan perusahaan kecil dan sederhan (PKS) kami serta individu yang terkesan oleh situasi semasa dan ianya akan dinilai kes berdasarkan kes,” tambahnya.

Menurut Khadijah, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ini merupakan peringkat kedua Agrobank mengambil langkah proaktif untuk mendukung mereka yang terkesan oleh wabak Covid-19.

Agrobank turut menggalakkan perniagaan untuk mengakses strategi dan perancangan perniagaan semasa mereka dan membincangkan bagaimana untuk terus maju dengan pegawai banknya.

Pelanggan boleh menghubungi pusat hubungan pelanggan bank di 1-300-88-2476 atau
mengunjungi cawangan terdekat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai
bantuan yang ada. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast