KUALA LUMPUR – Lima sekolah di Kedah yang membabitkan daerah Kubang Pasu dan Padang Terap ditutup berkuat kuasa serta merta bermula hari ini hingga 29 Ogos depan.
Tindakan itu diputuskan kerajaan negeri dalam usaha menyekat penyebaran wabak Covid-19 yang berkait rapat dengan kluster Sivagangga.
Lima sekolah itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba, SMK Megat Dewa, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba dan SK Megat Dewa di Kubang Pasu dan di Padang Terap melibatkan SK Kubang Palas.
“Kesemua sekolah ini ditutup selama 28 hari yang melibatkan 14 hari tempoh kuarantin dan 14 hari tempoh pemerhatian,” kata Pejabat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dalam satu kenyataan malam ini.
Artikel berkaitan:Â 313 orang Kluster PUI Sivagangga disaring – Noor Hisham
Kenyataan itu menyebut lagi, hasil mesyuarat diadakan hari ini, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar di Mukim Ah, Mukim Hosba dan Mukim Binjal (Kubang Pasu) serta Kampung Ulu Padang Sanai (Padang Terap).
“Ia melibatkan kawalan pergerakan orang awam pada radius satu kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Napoh yang terlibat,” katanya. – MalaysiaGazette