KUALA LUMPUR – Masyarakat luar bandar antara yang terkesan dengan Covid-19, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Justeru, kerajaan perlu memberi perhatian dan strategi khusus kepada golongan itu berikutan kadar kemiskinan luar bandar dijangka meningkat akibat dari penularan wabak coronavirus itu.
Beliau berkata, walaupun kerajaan sudah bertungkus lumus memerangi dan menangani wabak Covid-19 namun semakan kadar kemiskinan terbaharu menunjukkan peningkatan berganda.
Ini kata Mohamad akan menyebabkan berlaku jurang keberadaan semakin melebar antara bandar dan luar bandar.
“Dengan ini, kita mencadangkan kepada kerajaan beberapa strategi seperti melakukan sesuatu yang radikal mengenai FELDA.
“Kerajaan harus memberikan insentif kepada agensi itu dengan segera untuk membangunkan asetnya melalui kepelbagaian penanaman dan penternakan.
“Lagipun, bidang penternakan sangat berpotensi dan mampu mengurangkan kebergantungan kerajaan kepada import daging luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Di samping itu, kata Mohamad, kerajaan juga perlu ‘menyegarkan’ semula semua industri perikanan secara komprehensif kerana ikan menjadi sumber yang cukup kepada negara dengan lebihannya untuk dieksport.
“Malaysia adalah negara lautan dan potensi lautan kita sangat luar biasa, tetapi tidak dioptimumkan.
“Kita juga mesti mendahului persaingan dengan menawarkan kepakaran, sumber dan logistik untuk menjadi pengeksport utama sumber makanan kepada negara Timur Tengah,” katanya. – MalaysiaGazette
hahahha..insentif utk felda atau insentif unutk kerakusan pemimpin UMNO..
Jang, kalau takde benda baik nak tulis tak payah lah tulis….
Ujang tu masih mabuk air kencing