KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menitipkan ucapan romantis buat isterinya sempena sempena menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12 pada 1 Ogos lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Ebit meluahkan rasa syukur kerana mempertemukan dengan isterinya serta mengucapkan terima kasih buat ‘bidadarinya’ itu kerana sudi menjadi isterinya.
Belia berkata meskipun sudah 12 tahun bersama tetapi setiap hari beliau jatuh cinta cinta pada isterinya dan rasa seperti pengantin baru.
Tambahnya, tanpa isterinya tidak mungkin beliau mampu berdakwah, berkhidmat kepada insan keliling dan berjuang.
“Syukur pada Allah yang menemukan kita. 12 tahun kita bersama. Macam mimpi. Setiap hari rasa macam baru semalam berkenalan. Setiap hari rasa makin jatuh cinta. Setiap hari macam pengantin baru.
Dalam entri itu, Ebit turut berkongsikan video bersama isterinya di dalam pasar raya miliknya, ElewsMart. – MalaysiaGazette