Warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang disiasat berhubung dokumentari kontroversi Al Jazeera keluar dari mahkamah untuk ditahan reman di Mahkamah Sesyen PATI, Semenyih, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 06 OGOS 2020.

SEMENYIH – Warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir hari ini kenakan tahanan reman selama 13 hari bagi membantu siasatan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berhubung dokumentari kontroversi yang disiarkan Al-Jazeera.

Hakim Saifulakmal Md Said hanya membenarkan Rayhan dikenakan reman 13 hari bermula esok berbanding 14 yang dimohon oleh JIM yang dikemukakan di Mahkmah Sesyen Pati, di sini, hari ini.

“Permohonan reman itu dikemukakan selama 14 hari bagaimanapun Mahkamah Sesyen Pati yang membenarkan Rayhan direman hanya 13 hari sahaja.

“Beberapa isu telah dibangkitkan oleh pihak JIM bagi tujuan siasatan dan kami telah menghujahkan apa yang sepatutnya untuk kami hujahkan membantah permohonan reman tersebut.

“Walaubagaimanapun Hakim Saifulakmal telah membenarkan permohonan reman yang mereka mohon 14 hari untuk 13 hari sahaja bermula esok.

“Dia belum ada reman lagi (sekarang ini) sebab kuatkuasa 24 jam,” kata peguam Selvaraja Chinniah dan Sumitha Shaanthinni Kishna ketika ditemui pemberita di luar Mahkamah Sesyen Pati, di sini, hari ini.

Peguambela Md Rayhan Kabir, Selvarajaa Chinniah (kiri) hadir ke mahkamah bagi mewakili anak guamnya yang ditahan reman di Mahkamah Sesyen PATI, Semenyih, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 06 OGOS 2020.

Pada 24 Julai lalu, Rayhan, 27, ditahan JIM ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota bahagian risikan Ibu Pejabat JIM.

Semalam merupakan hari terakhir Rayhan ditahan JIM selama 14 hari bermula 25 Julai lalu bagi membantu siasatan laporan dokumentari kontroversi yang dihasilkan agensi berita, Al-Jazeera.

“Imigrsesn memang ada peruntukan untuk tahan 14 hari, umpama 24 jam bagi seseorang warganegara tempatan.

“Jadi hari ini adalah permohonan baharu untuk Rayhan,” jelasnya.

Susulan tahanan reman itu, peguam Selvaraja dan Sumitha akan mengemukakan permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi menyemak keputusan itu.

“Kita akan buat satu semakan di Mahkmah Tinggi mengenai apa yang telah diputuskan hari ini.

“Kita akan hujahkan alasan-alasan kerana kita membantah atas dasar apa dan kita akan hujahkan di Mahkmah Tinggi.

“Petang ini saya failkan pemohonan saya,” katanya.

Ketika ditanya tentang keadaan Rayhan semasa berada di dalam tahanan JIM sebelum ini, peguam Selvaraja dan Sumitha anak guamnya itu berada dalam keadaan baik dan selamat.

“Kami telah jalan tugas kami, amanat kami menghantarnya pulang seberapa segera dan kita amat sensitif dengan keselamatan dia.

“Dia ditahan secara baik, tiada apa-apa aduan daripada anak guam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sudah memaklum perintah tahanan reman itu kepada keluarga Rayhan, hari ini.

“Kita ada berhubung dengan pihak keluarga Rayhan, malah baru tadi pun saya sudah maklum tentang reman,” katanya.

Rayhan adalah antara individu yang ditemu bual dalam laporan Al Jazeera bertajuk “Locked up in Malaysia’s Lockdown” yang disiarkan pada 3 Julai lepas.

Dokumentari itu mendakwa pihak berkuasa memberi layanan buruk kepada migran semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. aduhaiii..
    buat apa buang masa buang duit,
    halau dan haramkan haramjadah tu drpd negara nie!!
    haramjadah tu cakap negara nie kejam kan???
    buat betul2 kejam seperti yg dia cakap,
    bagi dia RASA!!

Comments are closed.