Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Daripada menubuhkan parti baharu dan menjadi ‘musuh dalam selimut’ kepada orang Melayu, lebih baik Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pengikutnya menyertai DAP.

Itu saranan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil.

Menurut beliau, menyertai DAP, bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu tidak perlu bersorok atau berselindung lagi mengenai perjuangan sebenar beliau.

“Kepada Tun Mahathir dan pengikutnya, daripada menjadi musuh dalam selimut untuk orang Melayu, mungkin lebih baik mereka terus masuk DAP secara terang-terangan seperti segelintir Melayu DAP yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan media yang mendakwa Mahathir dijangka mengumumkan penubuhan parti baharu petang ini, setelah mahkamah mendapati dia bukan lagi Pengerusi Bersatu.

Parti baharu Ahli Parlimen Langkawi itu dikhabarkan akan dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia (PBRM) yang terdiri dari serpihan ahli Bersatu di kalangan orang Melayu.

Menurut Isham, sebelum ini, beliau pernah berkata, jika pemimpin politik hendak menyatupadukan orang Melayu, tidak perlu ada banyak parti berasaskan bangs aitu.

Sebab katanya, jika ada banyak parti Melayu, orang Melayu berkemungkinan besar akan lebih bertelagah dan berpecah belah.

“Lebih 20 tahun dahulu, dia telah memecahbelahkan orang Melayu dengan penubuhan parti PKR oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat pergaduhan mereka.

“Lima tahun lalu pula, beliau telah memecahbelahkan lagi orang Melayu melalui penubuhan parti Bersatu untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak kerana tidak membantu anaknya dalam politik UMNO.

“Kini, dia akan memecahbelahkan lagi orang Melayu dengan penubuhan satu lagi parti Melayu,” katanya.

Menurut Isham, dengan perpecahan demi perpecahan akibat penubuhan parti baharu oleh Tun Dr. Mahathir, orang Melayu akan menjadi semakin lemah dan bukan sebaliknya.

“Yang paling untung dan bersorak dengan tindakan ini adalah musuh Melayu, iaitu DAP. Jika masih ada lagi orang Melayu tidak sedar dan masih mengikutnya, saya tidak tahu apa nak kata,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Mahathir Mohammed masuk DAP menjadi macai? Usahkan macai biawak hidup untuk ditugaskan mengibar bendera Roket pun DAP tidak benarkan dia menyentuh sebab SUWEY kata Cina.
    Mungkin sesuai dijadikan umpan menagih kasihan atau umpan menjerat buaya sahaja.
    Siapa Ada senarai bekas President UMNO yang matinya ditendang UMNO? Sian boboy.. kerana sialnya orang terlajak nyanyuk tu membuatkan dia menanggung badi.

  2. Semakin bnyak parti Melayu islam maka semakin terbelalah ‘ketuanan melayu dinegara ini..parti Pas telah ‘memperanakkn Amanah..UMNO sdh memperanakkan’ Bersatu,.Perkasa sdh bertukar mnjadi parti PUTRA,..parti BERJASA yg berlambangkn bintang berbucu lima spt komunis jga ‘pembela melayu2 konservatif assobiyah..meriah parti2 ‘perjuangn melayu islam dimalysia..mejoriti 65 peratus..cukup2 makan ..

Comments are closed.