Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung skandal terowong bawah laut di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – DAP tidak menolak kemungkinan pendakwaan salah laku rasuah ke atas Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mengenai kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang dipercayai satu perancangan rapi untuk melemahkan Pakatan Harapan (PH).

Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim menyifatkan langkah itu merupakan pendakwaan bermotifkan politik dan tindakan itu sudah dijangka, lebih-lebih lagi selepas Kerajaan PH tumbang, Februari lalu.

“Kita yakin ini satu pendakwaan bermotif politik yang jelas dan nampak apa tujuan mereka

“Ini saya nampak seolah-olah ada satu perancangan dan selepas ini ia tidak terhenti di sini saja.

“Selepas ini ada Exco-Exco dari Pulau Pinang akan didakwa…ada pemimpin-pemimpin Amanah akan didakwa…ada pemimpin-pemimpin PKR juga akan didakwa.

“Ini semua dalam jangkaan kita kerana inilah cara mereka untuk melemahkan PH, DAP, Amanah dan PKR yang begitu kuat muafakat mereka,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Guan Eng ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum didakwa di Mahkamah Khas Rasuah, Kuala Lumpur pagi ini.

SPRM dalam satu kenyataan semalam mengesahkan bahawa Guan Eng akan didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SRPM.

Suee Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan mendakwa, pemimpin DAP menjadi sasaran pertama yang akan dikenakan tindakan selepas PN mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

“Kes yang didakwa kepada setiausaha Agung DAP sebelum ini belum ada, tidak pernah terputus, maklumlah DAP adalah parti yang mereka sasarkan.

“Kita mempunyai kerusi yang banyak, DAP merupakan musuh nombor satu kepada PN.

“Mereka cuba semua kaedah, cara untuk melemahkan, mengucar-kacirkan kepimpinan DAP untuk mencapai matlamat mereka, kita tahu…kita faham,” katanya.

Bagaimanapun Suee Lim serta rakan sekutunya dalam PH akan terus memberi sokongan padu kepada bekas Menteri Kewangan itu dalam menghadapi pertuduhan rasuah itu.

“Kita akan terus sebarkan maklumat, kita yakin segalanya berani kerana benar, kita akan terus melalui proses ini (mahkamah).

“Yang penting kita berdiri teguh seluruh saf pimpinan, ahli-ahli akan berdiri teguh di belakang Guan Eng ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

  1. Penjenayah melakukan rasuah dibela Dan menuduh kerajaan membuat “perancangan tapi” maknanya menganiayalah tu ya? Duit rakyat LGE sapu duit kerajaan negeri LGE rompak duit negara LGE rembat duit company swasta pun kaut masih nak salahkan pihak berkuasa?
    Para Ngo’s Dan Polis tidak bertindak ke tangkap dakwa penyebar fitnah hasut Ni? Cekuplah.. bahaya penghasut ni dibiarkan terus berkokok

  2. Mmg dah jd hukum hakam DAP dan PH, klu pemimpin mereka didakwa, dikatakan bermotifkan politik. Ini cara lamalah. Carilah propaganda lain pulak. Asyik ulang sifir lama jer. Rakyat pun dah muak dgn propaganda ini. Klu x salah, nk bising buat apa?. Klu betul2 menghormati konsep kedaulatan undang2…biarlah mahkamah buat kerja mereka. Kau ingat pemimpin DAP tu maksum sgt je? Babi lahanat sungguh speker selangor..!!

Comments are closed.