Aisha. Foto Instagram Aidil Aziz.

KUALA LUMPUR – Suami kepada pelakon, Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz memaklumkan bahawa nama bayi mereka yang dilahirkan pada Jumaat lalu adalah Aisha.

Aidil mengumumkan perkara di Instagram miliknya sambil berharap anak pertamanya bersama Fasha itu akan membesar dengan sihat dan kuat.

Fasha, 36, selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan selepas pernah keguguran pada tahun lalu.

Dia dan Aidil, 30, berkahwin pada 30 Mac tahun lalu.

Ini perkahwinan pertama buat Aidil dan kali kedua bagi Fasha.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Fasha dikurniakan dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, dan Putri Raysha Jemaima. – MalaysiaGazette