Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercakap pada sidang media Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 10 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan rakaman video tular memaparkan kenyataan calon Ketua Armada Nasional, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal yang bersedia mengeluarkan surat sokongan bukan lagi menjad budaya parti itu lagi.

Ketuanya, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, budaya pemimpin parti kerajaan mengeluarkan surat sokongan demi kepentingan ahli parti itu sudah dibersih ketika UMNO menjadi pembangkang selama 22 bulan.

Jelasnya, pergerakan itu tidak merestui perbuatan pemimpin menggunapakai kedudukan sebagai menteri atau timbalan menteri untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang negara.

“Kita tidak sesekali akan merestui sebarang bentuk tindakan ataupun usaha yang menyalahi prinsip undang-undang dan juga moral.

“Dalam konteks ini, walaupun ada suara-suara sumbang mengatakan bahawa ini budaya UMNO lama, saya ingin tegaskan bahawa budaya ini sudah lama dibersihkan selepas 22 bulan UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak lagi menjadi kerajaan,” katanya.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercakap pada sidang media Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 10 OGOS 2020.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat bulanan sayap UMNO itu di Menara Dato’ Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam rakaman video yang disebarkan di media sosial sejak semalam, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan memberi jaminan menggunakan pengaruhnya dalam kerajaan untuk membantu ahli Armada sekiranya menang bertanding jawatan ketua sayap parti.

Rakaman berdurasi 23 saat itu menunjukkan beliau berdiri di hadapan ahli Armada di meja makan dan berjanji mengeluarkan surat sokongan bagi membolehkan ahlinya berurusan terus dengan kerajaan.

Wan Fayhsal dipercayai berkata demikian ketika berkempen di Pahang baru-baru ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast