Gambar hiasan

NEW YORK – Twitter telah menyataka hasrat kepada pemilik TikTok untuk membeli operasi aplikasi itu di Amerika Syarikat.

TikTok yang berpangkalan di China adalah milik ByteDance.

Platform  TikTok telah menjadi perbahasan pengambilalihan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Minggu lalu, Presiden Donald Trump mengarahkan firma-firma di negara itu berhenti berniaga dengan TikTok dalam masa 45 hari kerana masalah keselamatan.

Syarikat teknologi gergasi Microsoft adalah peneraju utama untuk membeli TikTok tetapi sekarang Twitter telah muncul sebagai pesaing.

Tetapi masih belum jelas sama ada Twitter mampu membeli TikTok daripada pemiliknya dan dapat menyelesaikan perjanjian dalam jangka waktu 45 hari, menurut sumber yang dipetik dalam Wall Street Journal.

Nilai operasi TikTok di AS tidak jelas tetapi dianggarkan berpuluh-puluh bilion dolar.

Manakala nilai pasaran Twitter pula kira-kira A$29 bilion, berbanding Microsoft lebih daripada AS$1.6 trilion.

Tetapi para pakar percaya kemungkinan kesepakatan Twitter akan menjadikan pengambilalihan itu lebih mudah berbanding Microsoft. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast