Seorang petugas kesihatan sedang melakukan ujian saringan di kaunter pandu masuk di Ciudad Juarez, Mexico . foto Agensi

MEXICO CITY – Kementerian Kesihatan Mexico melaporkan sejumlah 5,858 kes baharu jangkitan covid-19 dan 737 kes lagi membabitkan kematian.

Angka itu sekali gus menambah bilangan kes jangkitan dan kematian di Mexico, masing-masing sebanyak 498,380 dan 54,666.

Namun, kerajaan yakin jumlah sebenar jangkitan Covid-19 lebih tinggi berbanding kes-kes yang disahkan, katanya. – MalaysiaGazette