Kolonel Turki Al-Maliki.

ABU DHABI – Tentera perikatan yang diketuai Arab Saudi memintas dan menembak jatuh dron yang menyasarkan orang awam dan infrastruktur awam di bandar Khamus Mushait, kata jurucakapnya, Kolonel Turki Al Maliki.

“Tentera perikatan juga memintas dan memusnahkan dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan militan Houthi dalam keadaan sistematik dan dengan sengaja yang disasarkan kepada orang awam dan objek awam di Khamis Mushait,” katanya menerusi satu kenyataan seperti dipetik Gulf News.

Al-Maliki berkata, militan Houthi terus mencabul undang-undang kemanusiaan antarabangsa namun gagal dalam percubaan yang disasarkan ke atas orang awam dan infrastruktur awam serta terus memberi ancaman kepada keselamatan rantau dan antarabangsa selain terus melemahkan usaha politik untuk menamatkan rampasan kuasa dan mencapai penyelesaian politik yang komprehensif, ujarnya.

Arab Saudi berhadapan dengan serangan dron dan peluru berpandu yang dilancarkan militan Houthi di sempadan selatan Yaman sejak kebelakangan ini. – Agensi