Dr. Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – ‘Perang sosial’ antara dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak bagai tidak berkesudahan.

Terbaharu, Najib bernada sinis di Twitternya hari ini berhubung kenyataan tidak letak jawatan Dr Mahathir.

Najib secara sinis berkata; “Dia mana ada letak jawatan.

Dia tak letak jawatan. Tak ada, tak ada,” di Twitter beliau hari ini.

Kedua-dua mereka dilihat sering membalas serangan demi serangan di media sosial sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) lagi.

Semalam, Dr. Mahathir berkata beliau tidak meletakkan jawatan dan Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mungkin tidak faham Perlembagaan Persekutuan.

“Saya tidak letak jawatan tapi ahli-ahli daripada kerajaan ini (Perikatan Nasional) mungkin tak faham cara-cara Perlembagaan Persekutuan, apabila parti Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan maka gabungan pun jatuh, tidak jadi kerajaan lagi.

“Kalau dia (PH) tak jadi kerajaan macam mana saya nak jadi Perdana Menteri kita sudah tidak jadi kerajaan menteri termasuk kepada menteri, jadi macam mana saya nak letak jawatan lagi saya sudah tidak ada jawatan.

“Saya fikir payah nak difahamkan, ini berkali-kali macam tak boleh dengar,” katanya ketika di Dewan Rakyat, semalam.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak boleh lagi menyandang jawatan Perdana Menteri apabila PH sudah tidak lagi menjadi kerajaan. – MalaysiaGazette

10 Komen

  1. Ko ni berbelit2 lah tua kutuk…dah makin nyanyuk dah..membosankan!..tak de org lain kah? yg muda sikit? meluat aku

  2. Shafie Apdal di sabah sepatutnya sudah tidak boleh melakukan urusan sebagai ketua menteri kerana kerajaan negeri Sabah sudah babur, tetapi kenapa dia masih melakukan kerja sebagai KM, kerana dia tidak letak jawatan ke?

  3. Boleh beri gelaran “Hatok bapa Kemungkaran” harap rekod untuk rujukan AKADEMIK. Buat undian melepasi 2juta sebagai sokongan merekodkan dalam Anugerah Malaysian Books of Records.

  4. Kata mengata, tuduh menuduh, jawab menjawab, pecah tumbuh, takut bersalah, berani kerana benar, benang basah ditegakkan, buang keruh ambil yang jernih, carik bulu ayam lamalama bercantum juga, air dicincang tak akan putus, kacang lupa kulit, tarik rambut dalam tepung, musang berbulu ayam, mengambing hitamkan, tak mengaku berak tengah jalan, teruntuk baru mengardah, pisang berbuah 2 kali, selagi ada daya selagi ada usia selagi ada dunia tempat berteduh selagi ada pau inti kaya ha selagi itulah tak habishabis ceritanya. Kita ini dicop pemalas dan Melayu mudah lupa. Pulangkan dan baca balik sejarah tanya apakah sebab jadi begini? Kita dah digelapkan segelapgelapnya kemudian disalahkan dan tubuh beberapa banyak parti pecah belah. Kita Melayu ni satu saja.Sekarang katakanlah 1/8 jangan jadi 1/16. Yang.dah ada itu cukup. Inilah dah pecah dipecahpecahkan lagi. Inilah selagi tak padam selagi itulah tidak berpenghujung demi mengaiuk lagi dan menjaga gedung lubuk emasnya yang dah ada. Inilah delima yang kena tanggung oleh bangsa Melayu ditanam air sendiri. Ya Allah!!!?

  5. Tak letak jawatan tp LETA JAWATAN. Profesor pun susah nak faham ayat atok ni. Nmpak sgt berbelitnya. Lps tu nk jd PM interim pulak. Nk tubuh kabinet sendiri. Bila geng2nya dlm PH x setuju, sekali lg dia meroyan. Sifat diktatornya terserlah bila dia nk tubuh kabinet tanpa ikut parti. Klu jd ditubuhkan,nk pggil kerajaan apa tu klu bkn KERAJAAN MAHATHIRIAN.( Mahathir Meroyan)

Comments are closed.