Bersatu
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Harumaini Omar hari ini mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Turut bersama keluar bersama beliau adalah 1,800 ahli Bersatu Hulu Selangor.

“Bahawasanya saya Harumaini Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali dengan ini mengisytiharkan keluar dari Bersatu berkuat kuasa mulai 15 Ogos 2020.

“Saya juga mengisytiharkan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya pada satu kenyataan media.

Beliau berkata dirinya akan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan menubuhkan parti baharu yang bernama Parti Pejuang tidak lama lagi.

Harumaini juga berkata, beliau dan 1,800 ahli Bersatu Hulu Selangor sudah menandatangani surat peletakan jawatan sebagai ahli parti itu.

Minggu lalu, ADUN Jeram Mohd Shaid Rosli mengumumkan keluar dari Bersatu dan turut menyokong parti Dr Mahathir.

Turut mengikut langkah beliau adalah 21 ahli jawatankuasa bahagian, ketua cawangan dan majoriti ahli parti itu di Kuala Selangor.

Mohd Shaid berkata, tindakan dilakukan selepas merasakan perjuangan parti itu tersasar daripada objektif asal penubuhannya, iaitu untuk melawan sebuah kerajaan keleptokrasi dan menggantikan parti Bersatu sebagai wadah perjuangan orang Melayu.

Kedua-dua mereka juga dilihat hadir pada sidang media penubuhan parti baharu berkenaan bersama ADUN Kuang, Salehuddin Amiruddin Jumaat lalu. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Orang tua tu x lama akan pergi meninggalkan dunia ini. Apa perlunya nk ikut . Lu pikirlah sendiri.

  2. Bodoh nya wakil rakyat ni..lpas ni masa dpn politik ko hncur n berkubur, ko ingt ko sokong mahathir ko blh dpt apa yg ko nk ke..mahathir pun dah tak lama dah hidp tu..lpas dia tak ada nnti, dgn pati2 dia skli masuk kubur..ko pjuang apa sbnarnya..mahathir tu tak ada hala tuju hdp lh..dia hnya nk hncurkn mlyu shja..org2 manusia yg ikut dia tu..mnusia yg tak ada msa dpn n bakal hncur karea poltik …slmt hncur politik ko ya..

  3. Berhentilah menjadi Manusia jika pandai dan berilmu tetapi tidak mengamalkan kebijaksanaan. Jika tidak mampu menilai kebaikan berlajarlah membaca berita dimana jumlah tambah penjenayah penyamun perompak perasuah telah meningkat *dilaksanakan* pemerintahan PH dari jawatan “Pencacai hingga ke driver” apalagi Ketua Pemimpin sehingga ketahap Menteri Dan PM.
    Bukan hanya ahli politics PH malah lantikan executive Pihak Berkuasa serta Perundangan juga dirosakkan bagai pemerintah rimba, ini boleh dilihat berita pertuduhan SPRM kerajaan PN dalam “Ops pembersihan najis dan kuman” penipuan terhebat dalam 22bulan kerajaan PH.
    Siapa dajjal mengetuai PH? Berhenti jadi Manusia jika anda gagal menggunakan otak.

Comments are closed.