Gambar hiasan

KAHERAH – Seorang doktor warga Mesir meninggal dunia di sebuah hospital di Kuwait sebepas beliau pulih daripada jangkitan Covid-19, kata hospital tempatan

Dr. Awwad Abdul Hamid yang merupakan pakar penyakit dalaman merupakan antara petugas barisan hadapan yang memerangi jangkitan penyakit berisiko itu di Kuwait, lapor akhbar Al Qabas.

Pegawai perubatan berusia 50 tahun itu dijangkiti virus tersebut pada akhir Mei ketika berutgas di Hospital Jaber yang dikhususkan untuk merawat pesakit Covid-19.

Beliau pulih selepas itu dan didiscaj daripada hospital.

Bagaimanapun pada awal pagi Jumaat, doktor itu mengalami kesukaran bernafas dan dimasukkan ke wad namunĀ  meninggal dunia ketika tiba di hospital, kata sumber kepada akhbar itu. – Agensi