Kawasan Death Valley. foto Agensi

CALIFORNIA – Taman Negara Death Valley merupakan kawasan paling panas di dunia dengan suhu mencecah 54.4 selsius (C).

Bacaan suhu itu direkodkan di Furnace Creek di Death Valley.

Ia disahkan oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat, di tengah-tengah gelombang panas di pantai barat negara itu yang mana suhu diramalkan akan meningkat minggu ini.

Keadaan cuaca terik itu menyebabkan penutupan bekalan elektrik selama dua hari di California setelah loji kuasa tidak berfungsi pada hari Sabtu.

Death Valley pernah merekodkan cuaca paling panas 54C pada tahun 2013.

Bacaan suhu yang lebih tinggi iaitu 134F, atau 56.6C pada abad sebelumnya, juga di Death Valley pernah dipertikaikan oleh beberapa pakar cuaca moden yang keliru, bersama dengan beberapa suhu lain yang mencatatkan suhu pada musim panas ketika itu.

Rekod suhu iaitu 131F atau 55C – direkodkan di Tunisia pada tahun 1931. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast