KUALA LUMPUR – Drama yang menjadi fenomena sejak kebelakangan ini, 7 Hari Mencintaiku 2 kini sudah pun berada penghujungnya apabila episod terakhir ditayangkan malam ini.

Rupa-rupanya bukan sahaja golongan biasa meminati drama slot Akasia yang ditayangkan TV3 itu malah ahli politik juga tidak ketinggalan.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menerusi Instagramnya  berkata;

“Episod terakhir itu dinantikannya.”

Beliau juga menganggap sepanjang  bersiaran debaran konflik kekeluargaan drama itu turut dirasainya.

Namun beliau turut menganggap pengakhiran 7 Hari Mencintaiku hari ini akan menamatkan emosi masyarakat yang menonton dan meneruskan hidup seperti biasa selepas ini.

“Episod terakhir 7 Hari Mencintaiku 2 sebentar lagi. Setelah 33 episod yang mendebarkan buat kita semua.

“Alhamdulillah semuanya telah berakhir. Bolehlah kita semua move on dan teruskan hidup masing-masing,” katanya.

7 Hari Mencintaiku 2 merupakan drama adaptasi sebuah novel karya penulis terkenal Siti Rosmizah.

Drama rantaian yang sebelum ini ditayangkan pernah memenangi enam anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2017).

Antara pelakon yang membintanginya adalah Shukri Yahaya, Siti Saleha, Liza Abdullah dan Kazar Saisi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast