Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) meneliti dengan serius perkembangan berlaku antara parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) terutama kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berhubung isu penggunaan bendera Barisan Nasional (BN), penyertaan parti Bersatu dalam Muafakat Nasional (MN) dan pendaftaran PN.

Timbalan Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Pemuda Pas berpandangan, PN mahupun MN ialah manifestasi daripada rasa tidak puas hati rakyat terhadap prestasi pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan sehingga membawa kepada jatuhnya kerajaan itu.

Katanya, ia berlaku apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan terlantiknya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyelamatkan situasi pada masa itu.

“Rata-rata rakyat hakikatnya cukup berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin. Ditambah dengan suasana pandemik Covid-19 pada hari ini, kita yakin rakyat tidak mahu ‘dihidangkan’ dengan cerita politik yang tidak boleh diterjemahkan untuk menjadi hidangan mereka sekeluarga di atas meja.

“Dengan isu pekerja kehilangan mata pencarian hari ini, pertumbuhan ekonomi yang membimbangkan dan pelbagai isu yang berlaku adalah sangat tidak sesuai untuk rakyat dihidangkan dengan pertembungan di antara parti yang sama-sama mendokong kerajaan di bawah Muhyiddin,” katanya.

Justeru, beliau menyeru semua pimpinan parti dalam kerajaan, bawalah pandangan ke meja rundingan, tidak perlu berdebat secara terbuka yang tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat.

“Bahkan, semakin menambahkan tanda tanya dan kekusutan kepada rakyat dan keputusan dalaman yang dibincangkan di peringkat tertinggi mestilah secara telus diterangkan dengan baik dan positif kepada rakyat, bukan hanya bersifat kepentingan peribadi.

“Jika semua pihak kelihatan lebih cenderung untuk berdebat secara terbuka dan tidak mahu lagi menggunakan meja rundingan, Pemuda Pas mencadangkan tidak perlu lagi diadakan rundingan dan semua pihak yang tidak berpuas hati dipersilakan masing-masing bertanding secara sendirian dalam pilihan raya umum yang akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette

13 Komen

  1. Arahan dan tuntutan kuasa UMNO tanpa hijab serta pemimpin berlagak terlebih nafsu dari khudrat bermakna jalan menjadi pembangkang untuk term PRU 15 telah dirintis oleh pemimpin-pemimpin mereka sendiri.
    Kenapa ini berlaku adakah President serta Timbalannya lemah?

  2. Jgn ckp banyak la kome dah tebuk atap dan sekongkol dgn si pengkianat apa lg guna pskai je la mana yg ada

  3. Umno please cermin diri dan tengok najis yang terpalit dimuka….. Lagipun… ingat boleh menang PRU 15 ke kalau BN sendiri yang masih terus dibelenggu dengan pemimpin pemimpin yg terkait rasuah. Ikutlah kewarasan PAS yg tak pernah penting kan diri… The power balancer between perasuah, penyangak n pejuang rakyat… mati itu pasti….

  4. ambillah pengajaran dari HIJRAH RASULLULAH bila 2 kaum besar bermusuh selamanya itu jadi IKATAN ukhwah hingga tersebarluasnya agama dan negara ISLAM di madinah….berhijrah kerana ALLAH…benci kpd kasih..musuh kpd bersaudara…berpecah kpd bersatu dn berdamai…berpegang teguhlah pada TALI ALLAH dan jangan kamu berpecah belah…tidak beriman seseorang sehingga ia kasih pada saudara ISLAMnya sendiri…wallahualam

  5. Tora tora kata ambillah pengajaran dari pemimpin pas yang tak pentingkan diri sendiri. Perghhhhh…… statenment syok sendiri woi. jangan terlalu confident pas pis pus. orang dah meluat tengok perangai korang sekarang kiri makan kanan pun bedal

  6. Umno terpalit najis bukan atas kehendak mereka. Sepanjang memerintah mereka renjiskan air nawar dan tsbor beras kunyit. Merekx fifitnan oleh Si Kitol dan kuncu kuncunya yang kononnya pejuang tetapi sebenarnya pengkhianat dan penabur fitnah. Sebab tu lsh dia pilih huric ‘PA” sebagai simbol parti.

  7. ‍♂️‍♂️‍♂️. Da mula da ni. Mohon umno jangan bongkak sangat. Salah satu sebab bn tumbang pada pru 14 adalah kerana rakyat melihat sombong bongkak pemimpin2 umno masa itu INGAT.. jangan ulangi lagi

  8. Slm, semua parti2,umno,pas,ph,amanah,bersatu,pejuang,warisan,pbs,tunggu peluang shj, mcm naga, buaya,harimau,jerangkap samar nak memerangkap mangsanya,semua parti2 tu gilo duit,jawatan,kuaso,menindas rkyat dgn kuaso,cakap tak serupo bikin,jenis akhlak cakap bohong,temberang,cenderung memaki hamun sesama warga islm,melayu,mengkafirkn masyarakat melayu, memfasiqkn warga islm,memperlekehkn sesama umat islm,cakap shj hijrah konon, takkan satu sunnah itu shj kah yg Allah perintahkn umat islm ikut?cuba jwb ada tak sunnah nbi kata KAFIR, FASIQ, MAKI UMPAT CELA sesama umat islm?,klau hnya sekadar itu shj,kena gii khatam dulula tentang islm,dah mato buto mato hati,tertelan dgn penyakit TAKSUB kepartian memang gemar bergaduh, berkelahi sesama islm,mulo2 berkelahi dgn lidah, akhirnya nanti berkelahi dgn peluru, booom, roket, seprti di SYERIA, IRAQ, AFGHANISTAN,MESIR,dll,wahai warga M’sia yg kebnyakknnya kurang celek mata hati! Renungkn dari mana terpancarnya PARTI2 politik yg ada ddlm M’sia sejak merdeka hingga kini?idea siapa? Mcmna boleh di lahirkn parti2 itu semuanya?itula dia idea dri konsep BRITISH, penjajah utama bumi M’sia,,, tak puas hati juga dgn ertikel ini sila kemukakan hujjah kamu….

    هاتوا برهانكم ان كنتم صادقين
    Al-quraan,,..

  9. Itula umno pun x betul, pas pun x betul juga, 2×5=………..,5×2=…………?jwb sendrila, sendri
    Buat hal, lidah x ambil insuran,lidah keluar api, org umno kafir sebb perlembagaan M’sia, org pas islm sebb ikut quraan hadis, tapi dlm masa yg sama sunnah mengkafirkn sesama islm,kutuk mengutuk maki hamun, hina menghina sesama islm bodoh… Mana ikut sunnah nbi mana entah, islm ala pas,la tuuu… Kini kahak kafir, fasiq di jilat semula oleh pas…. Tahik umno bau wangi dah,perlembagaan M’sia telah di pinda dah ikut 100% al-quraan &hadis dah.. Umno dah islm dah pengundi umno juga dah islm, dulu kafir belaka… skrg dah okkkk, duk dekat dah x berbau tahik kafir dah….
    Wsslm.

  10. Nampaknya sudah nak terbit balik ada lagi bau2 dan bunyi2 jelmaan sifat mazmumah. Sekelip mata dah nampak dekat putik2 nak bersengketa lagi ke?!!! Jangan cepat sangat lupa dan tak sedar diri….!!!? Jangan cepat sangat nak melatah. Cukup jangan Pisang Buah 2 X. Kalau pasal lambang. Gunakan formula ini satu sahaja iaitu PN. Tunggaknya satu sahaja ha dijamin tak berpecah lagi hoi!!! Dalam dunia ini ada dua aje jalannya. Satu salah dan satu lagi betul. Ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut kata binasa ha ikutlah Al Quran IMAMI. Ini kata2 AlLAH bukan kata manusia.

Comments are closed.