Faiz Fadzil

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa Pemuda DAP (DAPSY) Sarawak meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan mereka menampal perkataan Cina di tiga papan tanda jalan di Kuching, Sarawak semalam.

Ahli Jawatankuasa Amanah, Faiz Fadzil berkata, beliau sendiri kesal dengan perbuatan itu, kerana tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Tegas beliau, tindakan itu boleh mengundang salah faham di kalangan masyarakat lain di dalam negara ini terutama orang Melayu yang boleh diapi-apikan oleh sesetengah pihak untuk menyemarakkan sentimen perkauman.

Katanya, sebagai bahasa rasmi negara, Bahasa Melayu adalah tunjang kepada perpaduan masyarakat majmuk negara ini dan seharusnya DAPSY lebih peka akan keperluan itu dalam membina sebuah negara bangsa yang makmur dan berdaya saing.

“Sebagai golongan muda, mempromosi dan membina perpaduan di kalangan rakyat negara ini kini menjadi keutamaan perjuangan.

“Alasan yang diberikan adalah bagi memudahkan pelancong asing terutama dari negara China adalah alasan remeh kerana setiap pelancong perlu menghormati bahasa kebangsaan sesebuah negara.

“Sudah pasti pelancong luar juga mahu mengenali bahasa kebangsaan negara yang dikunjungi. Inilah masanya rakyat Malaysia mempromosikan Bahasa Melayu dan pada masa yang sama menunjukkan jatidiri rakyat Malaysia yang berbangga dengan bahasanya sendiri,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Semalam, media melaporkan tindakan biadab sekumpulan anak muda Pemuda DAP cuba mencetuskan provokasi dengan menambah tulisan Cina pada papan tanda di tiga jalan utama di Sarawak iaitu Jalan Main Bazaar, Jalan Wayang Street dan Jalan Greenhill.

Berikutan itu, banyak pihak mengecam perbuatan terbabit yang disifatkan sebagai tindakan sengaja DAP untuk memainkan sentiment kaum.

Menurut Faiz yang juga ADUN Permatang Pasir, setiap negara mempunyai bahasa kebangsaan yang membentuk identiti sesebuah negara.

“Sejajar dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, perbuatan DAPSY ini adalah tindakan yang tidak berperlembagaan dan melanggar Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan juga satu perbuatan vandalisme.

“Oleh itu, satu tindakan pencegahan perlu diambil. Selain itu, DAPSY perlu meminta maaf di atas keterlanjuran perbuatan ini.

“Tulisan bahasa Cina sebagai bahasa ibunda kaum Cina hendaklah digunakan pada premis yang sesuai dan mengikut keperluan dalam menghormati hak setiap kaum negara ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Kalau sudah rasis dan antinasional, sampai bila-bila macam itu, dari golongon tua sampai golongan pemudanya kiasu. Kalau PKR dan PAN juga tidak sedar memang bodohlah.

  2. Australia, Britain, Malaysia – negara2 ini tidak meletakkan tulisan cina didalam perlembagaan mereka!

    Ramai yang cadangkan pihak2 berkuasa atau pihak2 berkenaan membawa perkara ini kemahkamah diatas kesalahan vandalism dsb. Bertindaklah segera!

  3. Bila sudah kalah dan tidak lagi menjadi kerajaan mereka mula memainkan isu2 RASIS?

    Jom boikot kedai2 dan produk2 DAP, MCA dan Gerakan! Ayuh ISTIQAMAH!

Comments are closed.