DAPSY Kuching bertindak menambah tulisan Cina pada papan tanda jalan dan mendakwa majlis bandaraya tertinggal tulisan tersebut.

KUALA LUMPUR – Tindak-tanduk Pemuda DAP yang melakukan vandalisme dengan menambah tulisan karakter Cina di papan tanda jalan dilihat mahu mencetuskan polemik baharu ketika seluruh negara bergelut cabaran Covid-19.

Insiden itu bukan kali pertama, sekaligus menjadi satu lagi rentetan bukti walaupun DAP giat menjalankan kempen kononnya mereka mahu kemajmukan tetapi perbuatan dan kempen mereka tidak melambangkan apa yang digembar-gemburkan, kata Pengerusi Biro Perpaduan Kelab Jaringan Naib-Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia (KAGUM), Norazman Sadiman.

Sedangkan, menurutnya, negeri Sarawak sentiasa dijadikan model bagaimana Gabungan Parti Sarawak berjaya menyatukan pelbagai kaum di bawah pentadbiran yang harmoni walaupun terdiri daripada pelbagai suku kaum Melayu, Melanau, Iban, Dayak dan banyak lagi.

“KAGUM melihat perbuatan jenayah dan tidak bertamadun ini bukan sahaja tidak menghormati bahasa kebangsaan tetapi sebagai satu isyarat bahawa selagi DAP-PH mendapat sokongan yang baik.

“Maka sebarang formula keharmonian antara kaum yang nampak lebih mencabar di Sarawak yang melibatkan kepelbagaian etnik yang lebih meluas boleh digugat dengan publisiti politik murahan yang bertujuan menguatkan persepsi bahawa DAP mendokong kaum tertentu yang kononnya tidak diendahkan majlis perbandaran,” kata Noraziman Sadiman dalam satu kenyataan.

Justeru, KAGUM meminta rakyat Malaysia terutamanya ahli-ahli parti Pakatan Harapan agar menilai semula dan mempertimbangkan jika sebarang pakatan yang melibatkan DAP baik untuk masa depan demokrasi Malaysia kerana rekod mereka dalam menjaga hubungan antara kaum. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. MALAYSIA MERDEKA 31 OGOS 1957….kepala hotak kau!!..parti2 perkaumn dari malaya dtg ke sbh srwk utk membwa doktrin ‘ketuanan melayu, ketuanan islam dan konsep kontrak sosial?..benda2 rasist ini tiada dlm kamus sejarah borneo..sabh sarwk tiada kena mengena sedikitpun dgn ‘suruhnjaya Reid’ yg membntuk perlembagaan sblum Tanah melayu dimerdekakan oleh British 31 ogos 1957..

Comments are closed.